Monday, March 28, 2011

::: segalanya untukmu :::

hello..
kepada semua pembaca setia blog..terima kasih kerana masih sudi membuka page ini..arini aku terasa nak share dengan korang yang stay bukak blog aku dan sentiasa mengikuti perkembangan aku dari hari ke hari...

semalam; 26hb Mac 2011; adalah hari kelahiran orang yang aku sayang...aku x pernah lupa dan x akan lupa hari istimewa itu..demi orang yang aku sayang, apapun aku sanggup lakukan demi hari kelahirannya..bukan selalu pun sambut kan..? tapi sayang, semuanya mengecewakan....
mungkin salah aku sebab x inform dia lebih awal...tp 3mgu sebelum menjelang hari lahirnya, perjanjian telah dibuat...mcmn pun aku dan dia pasti bertemu pada 26hb...konon nak surprise kan dia dengan rancangan yang telah aku aturkan, rupanya aku di kejutkan balik...dia pulang ke kampung pada hari dan waktu aku turun KL...bayangkanlah, segalanya telahku aturkan....perasaan rindu yang membuak-buak kat dia ni, turun KL dengan harapan dapat bertemu biar terubat rindu yang ada...tapi semuanya telah bertukar kepada kehancuran....aku pulang dengan linangan airmata tanpa henti...aku kecewa dia lupa pada janji pertemuan kami...aku kecewa dia langsung x ambil peduli tentang pertemuan kami...aku kecewa segala yang dah aku aturkan, jadi begini...

choc bouquet - aku tempah 3mgu sblm beday dia
kad beday - aku buat sndr smp 5-6pagi br siap
present dia - aku cari sebulan sblm beday dia
kek secret recipi - da la mahal, choc indulgance lagi
da la ari tu panas terik..jgnkan kek cair, choc bouquet pun habis cair sumenye..bende da la mahal, tempah lak tu...aarrrggghhhhhh..!!!!!!!!!

ape perasaan korg klu korg jadi aku? 
hampa x bila bende yg kita dah rancang, kita nak buat tibe2 tergendala...
kecewa yang teramat sgt2, itulah yg mampu aku katakan...
airmata x henti2 mengalir sampai ke hari ini...
sudahnya sume brg2 tu aku buang mcm tu je...
kecewa dan tension punya pasal, aku campak tgh jalan..
RM400 aku habiskan mmg sangat2 x berbaloi kalau ini kesudahannya...

now, dia salahkan aku sbb aku x bgtau dia nak dtg...mungkin dia x faham apa yang dikatakan kejutan..bila aku bertanya, lupakah pada janji kita....? alasannya sbb aku terlalu sibuk igt x jadi turun KL...ternyata dia masih belum memahami aku seadanya..berapa kali aku pesan,sibuk mcmn pun, aku tetap akan luang masa pada 26hb..haih~ 
lagi diingat, airmata yang x diundang kembali bertamu...apepun semuanya telah berlalu...
sememangnya telahpun aku meminta maaf jika aku yang bersalah dalam hal ni..kecewa yang aku rasakan kini hanyalah pada dia yang telah lupa pada janji kami...

tarikh itu...kejadian semalam.....benar2 buatkan aku sentiasa beringat selepas ini..
sekarang,aku xtau aku marah lagi kat dia @ tidak...hati aku berkata biarkan dia...
dan aku x rasa pun nak carik dia....kalau dia nak jumpa aku, datang sini dan cari aku..
untuk aku turun KL carik dia, mungkin tak akan aku lakukan...cukuplah selama ini aku mengalah...
sudahnya kecewa yang aku dapat...
salah aku kah? korang pk dan renunglah sndr..........

untuk kali ini, cukup setakat ini dulu...
take care to all of u, my blogger...
thanks coz spend ur time at my blog...
i'll appreciate it...
luv u all..muaahhh~



Friday, February 25, 2011

::: lame sungguh x update blog :::

hola semua....

salam..lame ye aku x hapdet blog aku..sorry kwn2,bz teramat sgt lately nih...sampai berbulan lamanya x sentuh blog aku...so,how's u all? hopely sehat hendaknya..jgn mcm aku, baru je baik demam...ni pun seseme x ilang lagi..mungkin cuaca yang x menentu gaknye..mana2 pegi,sume kate demam,..memang musim la kan??so guys, hopely u all jaga kesihatan baik2 k...

kalau ikutkan banyak cite aku nak cite tp x ter cerita nampaknya...apepun aku mulai dengan cerita tentang saudaraku yang dapat tawaran belajar di New Zealand...hurm, memang rezeki orang pandai gaknye..itulah dia ganjaran bagi orang yang rajin belajar...x sia-sia dia perah otak selama ni..akhirnya ke menara gading dia kini..buat saudara kesayanganku, Nurul Hazemyn bt Roslan....akak doakan semoga sukses di sana...pulanglah dengan kejayaanmu nanti...akak di sini kan tetap merinduimu...muah.muah..muahhhh~

alamak,time to work now...sorry kawan-kawan..
i've got to go now..ade kije menanti...
ade masa nanti aku hapdet dari masa ke masa k...
take care guys...
luv u....n miss u.....

Saturday, December 4, 2010

-TAHNIAH MALAYSIA-

salam kepada semua pembaca blogger..

harini aku nak pertontonkan kepada semua kereta-kereta terbaru keluaran PROTON....aku bangga melihat rakyat Malaysia yang berfikiran kreatif seperti mereka..walaupun menyerupai kereta luar negara tetapi mereka berusaha mencipta sesuatu yang boleh menyaingi kereta keluaran negara lain...

perasan tak,orang2 kita ni memula memang lah kutuk itu ini tapi sudahnya kereta itulah yang menjadi rebutan..contohnya proton inspira..aku suka design inspira tu sendiri..memang tak dinafikan ianya menyerupai Mitsibushi Lancer tetapi aku bangga kerana tertera lambang PROTON didepan...

kepada sesiapa yang belum pernah melihat hasil-hasil terbaru keluaran PROTON, lihatlah sendiri disini...
ternyata Malaysia juga mampu menyaingi negara-negara lain...aku bangga menjadi rakyat Malaysia..
Tahniah Malaysia


                                          PROTON JEBAT - Inspira Evo



                                                    



                                          PROTON KASTURI - Saga Evo






                                          PROTON LEKIR - Lotus Design








                                         PROTON LEKIU - design by Youngman






                                          PROTON TUAH - replacement for Persona





                                                              
                                
                                          R3 CONCEPT

SATRIA NEO R3



SAGA R3


Saturday, November 20, 2010

I DO MISS U NOW...I'LL BE MISSING U SOON

salam kepada semua pembaca blog...

arini aku da bersedia untuk share satu kisah aku yang rasanya x semua orang tahu..3 tahun lalu, bermulalah perkenalan ku dgn seseorang..dia begitu istimewa dalam hidupku..baginya aku adalah segalanya untuk dia...namun begitu, yang aku harapkan berpanjangan sampai ke akhirnya rupanya kecundang jua di pertengahan jalan..aku tak pernah salahkan dia,sebaliknya mungkin semua silap datang dari diriku sendiri..walaupun hubungan kami telah berakhir,tp aku tak pernah melupakan dia..dia satu-satunya yang berjaya mencipta kenangan yang terindah selama dia denganku...

Kini,aku merinduinya...hingga kini perasaan rindu terhadapnya tidak pernah sedikit pun pudar...namun aku redha akan ketentuan yang Tuhan berikan pada aku...mungkin tiada jodoh antara kami..walaupun begitu,kami tetap berpegang pada persahabatan hingga kini..

Aku diuji lagi dengan ketentuanNya..perkhabaran mengatakan yang dia tidak dapat hidup lama di muka bumi ini,benar2 menguji ketabahan aku..memang sukar untukku percaya tapi aku tahu dia tak pernah merahsiakan apa-apa masalahnya dari aku..sebagai sahabat yang pernah menyayangi dan menyintai dirinya,hanya kata-kata semangat yang mampu aku berikan tatkala ini...tapi aku faham,berat aku mendengar dan melihatnya berat lagi dirinya untuk hadapi semua ini...sekarang dia hanya menantikan masa untuk pergi...pergi meninggalkan dunia yang fana ini...dan aku disini akan kehilangannya buat selama-lamanya..

ternyata kasih sayangku tidaklah sebesar kasih sayang Dia Yang Maha Esa...mungkin kau adalah salah seorang hamba Allah yang terpilih untuk bertemu denganNya..aku redha dan aku berserah segalanya kepada Yang Maha Kuasa...



Wan,
andai kau membuka blog ini,
ketahuilah olehmu sesungguhnya kasih, sayang dan cintaku terhadapmu terlalu dalam,
setiap kenangan kita bersama akan ku simpan di dalam memori hidupku,
ku relakan kau pergi walau jauh di sudut hatiku,berat untuk ku lepaskan,
kelak sudah tiada tempat untuk ku berkongsi segala suka dukaku,
pada siapa lagi harus ku mengadu,
orang lain belum tentu akan faham siapa aku,
sepertimana kau memahamiku,
kerna bagiku,
kau satu dalam seribu,
yang sukar dicari ganti...












IZWAN,
ku harap kau kenangilah setiap saat dan ketika selama kau bersamaku..
kebahagiaan yang kita bina selama ini sudah memadai bagiku untuk terus mengenangmu..
mungkin jodoh kita tiada di dunia ini tapi ku yakin kita pasti kan bertemu di sana..
akan ku bawa IZZ NAINA kemana saja ku pergi..
itu saja yang mampu aku janjikan padamu..
jaga dirimu sebaik mungkin..
tabahlah hadapi segalanya..
redha dengan semua kehendak-Nya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


'HANYA INGIN KAU TAHU'
mungkin itu yang kau ingin katakan padaku..
dan inilah sebabnya kenapa aku memilih lagu ini,
supaya aku akan selalu mengingatimu..
walaupun nanti kau sudah pergi,
jauh meninggalkan aku,
buat selama-lamanya..........


I'M GONNA MISS YOU,
-KHALIL IZWAN BIN MOHD SALLEH-
the only sweetheart till my breath end


Friday, November 12, 2010

"SELAMAT TINGGAL ANAK-ANAK MURIDKU"

Bertemu kembali kita pada harini...kisah arini mengenai perpisahan antara guru dan anak muridnya...tapi bukan aku yg pergi...Cikgu Lelawati (salah seorang pekerja aku di tadika) menamatkan khidmatnya pada hari ini sebagai guru tadika bag kanak-kanak 6 tahun..

Tamat sesi persekolahan, Cikgu Wati memohon ampun pada semua anak muridnya...pabila aku melihat wajah air muka anak muridnya, betapa aku terharu dan tersentuh hatiku melihat mereka...sungguhpun mereka masih belum faham dan mengerti apa makna sebenar erti perpisahan tp jauh di sudut hati mereka, mereka pasti akan merindui guru kesayangan mereka itu..

Baru kini kusedar betapa penting dan bermakna nya seorang guru di mata anak-anak yg sedang membesar seperti mereka..tanpa guru pasti mereka belum boleh membaca, mengira, menyanyi, mewarna, menghafal doa-doa yg penting...sesungguhnya guru adalah pelita yang menyinari semesta alam..

Kini aku berbangga dengan diriku sendiri kerana aku sendiri menjadi salah seorang guru tadika dan kerana aku jua lah mereka mampu membaca dengan lancar dan mengira dengan baik walaupun masih berumur 4 tahun..

Kepada anak-anakku yg belajar di Tadika Seri Impianku Cemerlang, cikgu berbangga dengan prestasi kamu semua..terima kasih kerana mempercayai cikgu untuk mengajar kamu semua dan cikgu bersyukur sebab kamu semua telah berjaya menunjukkan keputusan kamu dengan cemerlang..ingatlah, cikgu sayang kamu semua...

Wednesday, November 10, 2010

PERGI TAK KEMBALI

salam semua...

arini sy dapat 2 perkhabaran yang menyedihkan...satu;org yg aku anggap seperti kakak ku; salah seorang adiknya telah kembali ke rahmatullah atas sebab satu penyakit (yg aku sndr xtau ape sakitnya). mungkin sudah tiba ajalnya..Tuhan lebih menyayanginya lebih daripada kita di muka bumi ini..walauapa jua yg terjadi, yg pergi tetap pergi dan x mungkin 'kan kembali lagi..akak,redhakanlah pemergian adikmu itu..sedekahkanlah al-fatehah kepadanya jika benar2 kita menyayanginya..insyallah,doakan beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman..

kedua, kawan sekolahku; ayahnya; telah pergi jua ke rahmatullah semasa arwah berada di mekah..betapa bertuahnya beliau kerna dapat jua menghembuskan nafasnya di negara islam dan tempat dimana semua org mengimpikan utk ke sana..sesungguhnya Allah Maha Kuasa..

Qada'dan Qadar yang Tuhan turunkan pada kita bukanlah sesuatu dalam ramcangan..malah bila2 masa saja Dia boleh mengambil nyawa umatnya..oleh itu,kita yg masih hidup ini,teruskanlah hidup kita TETAPI jangan sekali2 kita lupakanNya..sentiasalah beringat akan kewujudannya..Subhanallah~

Kepada 2 sahabatku, sekalung takziah kepada seluruh keluargamu atas kepergian org2 yg tersayang..semoga beliau ditempatkan bersama2 dengan org2 yg beriman..aku hny mampu menadah tangan dan menyedekahkan al-fatehah kepada yg telah pergi...amin~

My First Day @ Here

arini hari pertama aku mengelolakan blog..mungkin masih terlalu awal untuk aku memahirkan diri dengan bende2 ni..janji semuanya ok,cantik sudaaaa....

akhirnya wujud jua blog ainsuria setelah sekian lama nak buat tapi x terbuat-buat..harap ini adalah permulaan bagiku untuk mengemaskini semua perihal dan kisahku setiap hari..

walla weyyyy~