Tamat sesi persekolahan, Cikgu Wati memohon ampun pada semua anak muridnya...pabila aku melihat wajah air muka anak muridnya, betapa aku terharu dan tersentuh hatiku melihat mereka...sungguhpun mereka masih belum faham dan mengerti apa makna sebenar erti perpisahan tp jauh di sudut hati mereka, mereka pasti akan merindui guru kesayangan mereka itu..
Baru kini kusedar betapa penting dan bermakna nya seorang guru di mata anak-anak yg sedang membesar seperti mereka..tanpa guru pasti mereka belum boleh membaca, mengira, menyanyi, mewarna, menghafal doa-doa yg penting...sesungguhnya guru adalah pelita yang menyinari semesta alam..
Kini aku berbangga dengan diriku sendiri kerana aku sendiri menjadi salah seorang guru tadika dan kerana aku jua lah mereka mampu membaca dengan lancar dan mengira dengan baik walaupun masih berumur 4 tahun..
Kepada anak-anakku yg belajar di Tadika Seri Impianku Cemerlang, cikgu berbangga dengan prestasi kamu semua..terima kasih kerana mempercayai cikgu untuk mengajar kamu semua dan cikgu bersyukur sebab kamu semua telah berjaya menunjukkan keputusan kamu dengan cemerlang..ingatlah, cikgu sayang kamu semua...
No comments:
Post a Comment