Saturday, November 20, 2010

I DO MISS U NOW...I'LL BE MISSING U SOON

salam kepada semua pembaca blog...

arini aku da bersedia untuk share satu kisah aku yang rasanya x semua orang tahu..3 tahun lalu, bermulalah perkenalan ku dgn seseorang..dia begitu istimewa dalam hidupku..baginya aku adalah segalanya untuk dia...namun begitu, yang aku harapkan berpanjangan sampai ke akhirnya rupanya kecundang jua di pertengahan jalan..aku tak pernah salahkan dia,sebaliknya mungkin semua silap datang dari diriku sendiri..walaupun hubungan kami telah berakhir,tp aku tak pernah melupakan dia..dia satu-satunya yang berjaya mencipta kenangan yang terindah selama dia denganku...

Kini,aku merinduinya...hingga kini perasaan rindu terhadapnya tidak pernah sedikit pun pudar...namun aku redha akan ketentuan yang Tuhan berikan pada aku...mungkin tiada jodoh antara kami..walaupun begitu,kami tetap berpegang pada persahabatan hingga kini..

Aku diuji lagi dengan ketentuanNya..perkhabaran mengatakan yang dia tidak dapat hidup lama di muka bumi ini,benar2 menguji ketabahan aku..memang sukar untukku percaya tapi aku tahu dia tak pernah merahsiakan apa-apa masalahnya dari aku..sebagai sahabat yang pernah menyayangi dan menyintai dirinya,hanya kata-kata semangat yang mampu aku berikan tatkala ini...tapi aku faham,berat aku mendengar dan melihatnya berat lagi dirinya untuk hadapi semua ini...sekarang dia hanya menantikan masa untuk pergi...pergi meninggalkan dunia yang fana ini...dan aku disini akan kehilangannya buat selama-lamanya..

ternyata kasih sayangku tidaklah sebesar kasih sayang Dia Yang Maha Esa...mungkin kau adalah salah seorang hamba Allah yang terpilih untuk bertemu denganNya..aku redha dan aku berserah segalanya kepada Yang Maha Kuasa...



Wan,
andai kau membuka blog ini,
ketahuilah olehmu sesungguhnya kasih, sayang dan cintaku terhadapmu terlalu dalam,
setiap kenangan kita bersama akan ku simpan di dalam memori hidupku,
ku relakan kau pergi walau jauh di sudut hatiku,berat untuk ku lepaskan,
kelak sudah tiada tempat untuk ku berkongsi segala suka dukaku,
pada siapa lagi harus ku mengadu,
orang lain belum tentu akan faham siapa aku,
sepertimana kau memahamiku,
kerna bagiku,
kau satu dalam seribu,
yang sukar dicari ganti...












IZWAN,
ku harap kau kenangilah setiap saat dan ketika selama kau bersamaku..
kebahagiaan yang kita bina selama ini sudah memadai bagiku untuk terus mengenangmu..
mungkin jodoh kita tiada di dunia ini tapi ku yakin kita pasti kan bertemu di sana..
akan ku bawa IZZ NAINA kemana saja ku pergi..
itu saja yang mampu aku janjikan padamu..
jaga dirimu sebaik mungkin..
tabahlah hadapi segalanya..
redha dengan semua kehendak-Nya..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..


'HANYA INGIN KAU TAHU'
mungkin itu yang kau ingin katakan padaku..
dan inilah sebabnya kenapa aku memilih lagu ini,
supaya aku akan selalu mengingatimu..
walaupun nanti kau sudah pergi,
jauh meninggalkan aku,
buat selama-lamanya..........


I'M GONNA MISS YOU,
-KHALIL IZWAN BIN MOHD SALLEH-
the only sweetheart till my breath end


Friday, November 12, 2010

"SELAMAT TINGGAL ANAK-ANAK MURIDKU"

Bertemu kembali kita pada harini...kisah arini mengenai perpisahan antara guru dan anak muridnya...tapi bukan aku yg pergi...Cikgu Lelawati (salah seorang pekerja aku di tadika) menamatkan khidmatnya pada hari ini sebagai guru tadika bag kanak-kanak 6 tahun..

Tamat sesi persekolahan, Cikgu Wati memohon ampun pada semua anak muridnya...pabila aku melihat wajah air muka anak muridnya, betapa aku terharu dan tersentuh hatiku melihat mereka...sungguhpun mereka masih belum faham dan mengerti apa makna sebenar erti perpisahan tp jauh di sudut hati mereka, mereka pasti akan merindui guru kesayangan mereka itu..

Baru kini kusedar betapa penting dan bermakna nya seorang guru di mata anak-anak yg sedang membesar seperti mereka..tanpa guru pasti mereka belum boleh membaca, mengira, menyanyi, mewarna, menghafal doa-doa yg penting...sesungguhnya guru adalah pelita yang menyinari semesta alam..

Kini aku berbangga dengan diriku sendiri kerana aku sendiri menjadi salah seorang guru tadika dan kerana aku jua lah mereka mampu membaca dengan lancar dan mengira dengan baik walaupun masih berumur 4 tahun..

Kepada anak-anakku yg belajar di Tadika Seri Impianku Cemerlang, cikgu berbangga dengan prestasi kamu semua..terima kasih kerana mempercayai cikgu untuk mengajar kamu semua dan cikgu bersyukur sebab kamu semua telah berjaya menunjukkan keputusan kamu dengan cemerlang..ingatlah, cikgu sayang kamu semua...

Wednesday, November 10, 2010

PERGI TAK KEMBALI

salam semua...

arini sy dapat 2 perkhabaran yang menyedihkan...satu;org yg aku anggap seperti kakak ku; salah seorang adiknya telah kembali ke rahmatullah atas sebab satu penyakit (yg aku sndr xtau ape sakitnya). mungkin sudah tiba ajalnya..Tuhan lebih menyayanginya lebih daripada kita di muka bumi ini..walauapa jua yg terjadi, yg pergi tetap pergi dan x mungkin 'kan kembali lagi..akak,redhakanlah pemergian adikmu itu..sedekahkanlah al-fatehah kepadanya jika benar2 kita menyayanginya..insyallah,doakan beliau ditempatkan bersama org2 yg beriman..

kedua, kawan sekolahku; ayahnya; telah pergi jua ke rahmatullah semasa arwah berada di mekah..betapa bertuahnya beliau kerna dapat jua menghembuskan nafasnya di negara islam dan tempat dimana semua org mengimpikan utk ke sana..sesungguhnya Allah Maha Kuasa..

Qada'dan Qadar yang Tuhan turunkan pada kita bukanlah sesuatu dalam ramcangan..malah bila2 masa saja Dia boleh mengambil nyawa umatnya..oleh itu,kita yg masih hidup ini,teruskanlah hidup kita TETAPI jangan sekali2 kita lupakanNya..sentiasalah beringat akan kewujudannya..Subhanallah~

Kepada 2 sahabatku, sekalung takziah kepada seluruh keluargamu atas kepergian org2 yg tersayang..semoga beliau ditempatkan bersama2 dengan org2 yg beriman..aku hny mampu menadah tangan dan menyedekahkan al-fatehah kepada yg telah pergi...amin~

My First Day @ Here

arini hari pertama aku mengelolakan blog..mungkin masih terlalu awal untuk aku memahirkan diri dengan bende2 ni..janji semuanya ok,cantik sudaaaa....

akhirnya wujud jua blog ainsuria setelah sekian lama nak buat tapi x terbuat-buat..harap ini adalah permulaan bagiku untuk mengemaskini semua perihal dan kisahku setiap hari..

walla weyyyy~